
Donat memang makanan yang paling disukai
oleh semua orang. Siapa yang tidak kenal Donat? Cita rasa yang manis dan lembut
dengan pelbagai topping yang sedap dipandang membuat makanan ini semakin banyak
diminati.
Di dalam sejarah adanya makanan donat,
ternyata asal-usul Donat masih menjadi perdebatan. Konon, donat dibawa ke
Amerika Utara oleh pendatang dari Belanda selain sajian seperti kuih kering,
pai krim, dan pai buah-buahan atau cobbler. Donat juga didakwa dijumpai oleh
nenek moyang suku Indian Wampanoag. Akan tetapi, National Dunking Association
of America (ndaa) menyatakan bahawa penemu kuih donat adalah Hanson crocket
Gregory.
Namun, sang penemu kuih donat ini pun
mempunyai dua versi cerita berbeza.
1. Versi Kapten Hanson Gregory di atas
kapal
Cerita ini bermula pada abad ke 19 ketika
ada seorang kapten kapal yang bernama Hanson Gregory. Suatu hari, ketika
kapalnya berlayar, ia duduk di atas dek kapal sambil menikmati kuih bulat.
Tetapi di saat sedang asyik-asyiknya menikmati kuihnya, tiba-tiba ada ombak yang
cukup besar yang menghentam kapalnya. Sebagai kapten, dia pun harus
mengendalikan kapalnya agar tetap stabil walaupun terdedah kepada ombak.
Iapun memerlukan kedua tanganya untuk
mengendalikan kapal, tapi ternyata ia tidak mahu membuang kuihnya, sehingga
ia memasukkan kuihnya di salah satu pegangan kemudi, sehingga kuih yang ia makan
menjadi kuih yang berlubang tengahnya. Inilah yang kemudian menjadi awal pembuatan kuih yang berlubang di tengahnya yang diberi nama
Donat.
2. Versi Hanson Gregory di atas Dapur
Cerita ini bermula Hanson Gregory masih
kecil. ia menemani ibunya untuk menggoreng adunan kek berbentuk Bulat. Pada
masa itu, ia bertanya kepada ibunya "Ibu, kenapa lambat untuk masak?".
Dan ibunya pun menjawab "soalnya bahagian tengahnya lambat untuk masak, memerlukan waktu lama". Gregory kecilpun kemudian membuang setiap bahagian tengah
dari kuih yang belum digoreng dan berkata kepada ibunya "ibu, gorenglah
kuih yang sudah kulubangi ini, pasti masaknya cepat".
Ibunya pun menggoreng kuih yang sudah
berlubang di tengahnya itu, sejak itulah kemudian muncul idea untuk membuat
kuih yang berlubang tengahnya alias Donat