Sunday, 14 February 2016

SEJARAH ASAL USUL DONUT GEBU


Donat memang makanan yang paling disukai oleh semua orang. Siapa yang tidak kenal Donat? Cita rasa yang manis dan lembut dengan pelbagai topping yang sedap dipandang membuat makanan ini semakin banyak diminati.

Di dalam sejarah adanya makanan donat, ternyata asal-usul Donat masih menjadi perdebatan. Konon, donat dibawa ke Amerika Utara oleh pendatang dari Belanda selain sajian seperti kuih kering, pai krim, dan pai buah-buahan atau cobbler. Donat juga didakwa dijumpai oleh nenek moyang suku Indian Wampanoag. Akan tetapi, National Dunking Association of America (ndaa) menyatakan bahawa penemu kuih donat adalah Hanson crocket Gregory.

Namun, sang penemu kuih donat ini pun mempunyai dua versi cerita berbeza.

1. Versi Kapten Hanson Gregory di atas kapal

Cerita ini bermula pada abad ke 19 ketika ada seorang kapten kapal yang bernama Hanson Gregory. Suatu hari, ketika kapalnya berlayar, ia duduk di atas dek kapal sambil menikmati kuih bulat. Tetapi di saat sedang asyik-asyiknya menikmati kuihnya, tiba-tiba ada ombak yang cukup besar yang menghentam kapalnya. Sebagai kapten, dia pun harus mengendalikan kapalnya agar tetap stabil walaupun terdedah kepada ombak.

Iapun memerlukan kedua tanganya untuk mengendalikan kapal, tapi ternyata ia tidak mahu membuang kuihnya, sehingga ia memasukkan kuihnya di salah satu pegangan kemudi, sehingga kuih yang ia makan menjadi kuih yang berlubang tengahnya. Inilah yang kemudian menjadi awal pembuatan kuih yang berlubang di tengahnya yang diberi nama Donat.

2. Versi Hanson Gregory di atas Dapur

Cerita ini bermula Hanson Gregory masih kecil. ia menemani ibunya untuk menggoreng adunan kek berbentuk Bulat. Pada masa itu, ia bertanya kepada ibunya "Ibu, kenapa lambat untuk masak?". Dan ibunya pun menjawab "soalnya bahagian tengahnya lambat untuk masak, memerlukan waktu lama". Gregory kecilpun kemudian membuang setiap bahagian tengah dari kuih yang belum digoreng dan berkata kepada ibunya "ibu, gorenglah kuih yang sudah kulubangi ini, pasti masaknya cepat".

Ibunya pun menggoreng kuih yang sudah berlubang di tengahnya itu, sejak itulah kemudian muncul idea untuk membuat kuih yang berlubang tengahnya alias Donat